Villarreal menafikan sebarang laporan bahawa Giuseppe Rossi semakin hampir untuk berpindah ke AC Milan.
The Rossoneri berada di pasaran untuk mencari penyerang baru berikutan pemergian Ibrahimovic ke Paris Saint-Germain dan pemain Amerika kelahiran Itali berusia 25 tahun ini menjadi nama terbaru yang dikaitkan dengan perpindahan ke San Siro.
Namun selepas tersingkir dari La Liga dan penjualan Borja Valero dan Gonzalo Rodriguez ke Fiorentina, Yellow Submarine tidak sanggup melepaskan seorang lagi pemain utama dalam skuad mereka.
"Tiada apa untuk dikatakan mengenai Rossi ke Milan," kata naib presiden Jose Manuel Llaneza.
"Ini kali pertama kami mendengarnya."
"Sudah tentu tiada apa yang boleh diulas mengenai khabar angin ini."
Rossi berehat panjang musim lepas kerana kecederaan, putus ligamen penyambung bahagian kaki sebanyak dua kali musim lepas dan tiga kali menjalani pembedahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan