Javi Martinez bakal melengkapkan satu perpindahan bernilai €40 juta ke Bayern Munich.
Pemain kebangsaan Sepanyol itu telah dikaitkan dengan perpindahan ke Allianz Arena, dengan kelab dari Bavaria itu melihat untuk menguatkan pilihan pemain di bahagian tengah menjelang permulaan musim baru ini.
Perpindahan itu bakal berlaku selepas Bayern mengaktifkan terma pelepasan €40 juta dalam kontrak Martinez, walaupun Die Roten dilihat pada awalnya enggan memenuhi permintaan harga tersebut – satu rekod perpindahan Jerman.
Dilihat Martinez yang berminat untuk memastikan perpindahan itu dilengkapkan, namun di bawah terma perjanjian itu dia dikatakan akan melepaskan €2 juta dari gaji tahunannya.
Pemain versatil berusia 23 tahun itu, yang boleh beraksi sebagai midfielder atau bek, akan menandatangani kontrak lima tahun, bermakna dia bakal kehilangan keseluruhan €10 juta.
|
Jumaat, 17 Ogos 2012
Martinez bakal buat perpindahan rekod tinggi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan