Musim panas mengecewakan Tottenham di pasaran perpindahan dilihat bakal berterusan selepas Lyon mengesahkan mereka telah menolak tawaran dari kelab itu untuk penjaga gol No. 1 Perancis, Hugo Lloris.
Pengurus baru Spurs, Andre Villas-Boas telah menjadikan membeli seorang penjaga gol baru sebagai keutamaannya sewaktu dia mengambilalih kelab awal musim panas ini namun, seperti juga mencari seorang striker baru, dia masih gagal mendapatkan pemain yang dikehendakinya.
Villas-Boas mahukan Lloris, yang mengetuai Perancis di Euro 2012, bersaing dengan penjaga gol veteran, Brad Friedel untuk tempatnya, namun walaupun pengerusi Lyon, Jean-Michel Aulas mengesahkan pemain itu mahu berpindah, dia mendedahkan tawaran Spurs telahpun ditolak.
"Hugo mahu bermain di salah sebuah kelab terbaik," kata Aulas.
"Tahun ini ada tawaran dari Tottenham yang telah pantas ditolak."
"Jika dia memang mahu pergi, kami akan lihat kepada tawaran yang datang tapi ia harus konsisten dengan apa yang kami mahu. Jika tidak, dia akan kekal."
|
Khamis, 16 Ogos 2012
Lyon sahkan tawaran Spurs Untuk Lloris ditolak
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan