Rabu, 22 Ogos 2012

Lewandowski:saya kekal di Dortmund


Lewandowski tegaskan akan kekal.

Striker Borussia Dortmund, Robert Lewandowski menolak perpindahan keluar dari kelab juara Jerman pada musim panas ini.

Lewandowski, 24, ketika ini mempunyai kontrak sehingga 2014 bersama juara berganda musim lalu.

Pemain antarabangsa Poland, yang menjaringkan hatrik menentang Bayern Munich di final DFB Pokal pada bulan Mei, menyumbang 22 gol dan 10 assist dalam kempen kejayaan gelaran Dortmund dan telah menimbulkan minat daripada kelab elit Eropah dengan Bayern, Manchester United, Chelsea dan Juventus antara kelab-kelab yang dilaporkan sesuai dengannya.

Namun, walaupun sebelum ini meluahkan hasratnya bermain dalam Liga Perdana, Lewandowski kini telah menjelaskan niatnya untuk kekal dalam Bundesliga bersama Dortmund.

"Saya tak minat dengan spekulasi sekitar saya," kata Lewandowski. "Saya ada dua tahun lagi dalam kontrak dan saya pemain Borussia Dortmund.

"Kami ada perlawanan hujung minggu ini dan itu paling penting. Saya fokus pada musim depan dan bukan pada apa yang boleh jadi dalam masa dua tahun."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan