Ahad, 26 Ogos 2012

Inter sedia tawarkan Maicon untuk pertukaran


Tukaran: Inter sedia menawarkan Maicon dalam perjanjian

Inter Milan mempertimbangkan untuk menggunakan Maicon dalam perjanjian pertukaran mendapatkan midfielder Manchester City, Nigel de Jong.

Kelab gergasi Serie A itu mahukan  De Jong untuk memperkuatkan bahagian midfield mereka dan dalam masa yang sama turut memperuntukkan sebahagian besar dari bajet terhad mereka untuk pemain bek Porto, Alvaro Pereira.

Inter mahu melepaskan pemain yang memperolehi gaji yang lumayan seperti Maicon dan penjaga gol  Brazil, Julio Cesar, lebih-lebih lagi jika mereka boleh menggantikanya dengan pemain muda berbakat bersama kontrak yang lebih murah.

Namun Porto mahukan £12 juta untuk Pereira dan Inter mungkin boleh memilikinya dengan harga permulaan £9.5 juta. 

Pengurus City, Roberto Mancini meminati Maicon semenjak berkhidmat sebagai pengurus Inter, walaupun pemain berusia 31 tahun itu dilihat bakal menyertai Real Madrid musim panas ini.

De Jong menegaskan beliau gembira untuk terus bersama City namun ketibaan Jack Rodwell di Stadium Etihad mungkin menandakan pemergiannya tidak lama lagi.

Pemain berusia 27 tahun itu yang masih berbaki setahun dalam kontraknya, bermain semasa mereka menang di Piala Perisai Komuniti ke atas Chelsea namun melihat tempatnya telah diambilalih oleh Rodwell semasa perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris menentang Southampton.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan