Jumaat, 24 Ogos 2012

Ban lima tahun selepas rusuhan di Australia


Pengharaman lima tahun bagi mana-mana perlawanan di Australia ...

Dua lelaki yang menyalakan flare dan bunga api pada aksi pra-musim bola sepak di Sydney, yang membawa kepada keganasan telah dihukum pengharaman lima tahun dari semua permainan di Australia, demikian kenyataan FFA pada hari Khamis.
 
Polis menggunakan semburan lada untuk menyuraikan penyokong di Edensor Park pada hari Rabu selepas bunga api dibaling ke arah orang ramai di perlawanan percubaan Western Sydney Warriors menentang Sydney United.
 
Itu diikuti masalah di perlawanan percubaan antara Sydney FC dan Macarthur Rams di Stadium Campbelltown pada 14 Ogos, yang mana seorang kanak-kanak terkena batu selepas kejadian diikuti nyalaan flare.
 
"Pengacau yang merosakkan permainan dengan tingkah laku melulu mereka tak ada tempat dalam perlawanan," demikian kenyataan oleh CEO Persekutuan Bola Sepak Australia, Ben Buckley.
 
"Kejadian di Campbelltown dan Edensor Park lebih seminggu yang lalu adalah kerja bodoh segelintir pihak yang mahu menyebabkan masalah."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan