Juventus masih lagi mencari seorang penyerang sebelum berakhirnya jendela perpindahan dan mengesahkan sedang memantau Edinson Cavani, Fernando Llorente dan Edin Dzeko.
Juara bertahan Serie A itu dilaporkan turut berunding dengan Barcelona dan David Villa menurut akhbar Sepanyol yang mendakwa the Bianconeri telah menawarkannya kontrak empat tahun bernilai €8 juta setiap musim.
Bagaimanapun, pengarah urusan kelab Beppe Marotta memberitahu Mundo Deportivo ia tidak benar sama sekali dan seterusnya memberitahu jenis pemain yang sedang beliau cari.
"Saya boleh nafikan sebarang minat atau rundingan untuk David Villa," katanya. "Dia pemain hebat tapi bukan jenis yang kami cari dan tiada siapa yang telah berbincang tanpa izin kami dengan ejennya atau Barcelona."
"Kami mahu penyerang dengan gaya seperti Edinson Cavani atau Llorente, yang merupakan sasaran utama kami bersama dengan Edin Dzeko."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan