Selasa, 14 Ogos 2012

Klopp kecewa terlepas peluang dalam Piala Super


Klopp masih berpuas hati dengan aksi anak-anak buahnya.

Jurulatih Borussia Dortmund, Jurgen Klopp mengeluh dengan penyudah buruk pasukannya semasa tewas 2-1 kepada Bayern Munich dalam aksi Piala Super DFL.
 
Juara Jerman itu tewas kepada dua gol hasil jaringan Mario Mandzukic dan Thomas Muller, sekaligus membatalkan rekod lima kemenangan berturut-turut mereka ke atas The Bavarians.
 
Namun, ketika The Schwarzgelben mencipta beberapa peluang jelas di babak kedua yang produktif, mereka hanya mampu menjaringkan satu gol melalui Robert Lewandowski.
 
"Kami hilang arah di babak pertama," jelas Klopp. "Hasilnya boleh tahan, kerana kami bermain lebih baik pada babak kedua."
 
"Kami ada beberapa peluang yang besar."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan