Ketua jurulatih West Brom, Steve Clarke memberi amaran kepada Romelu Lukaku bahawa beliau tidak akan mendapat sebarang jaminan permulaan kesebelasan utama di the Hawthorns musim ini.
Pemain antarabangsa Belgium itu memperolehi kontrak pinjaman semusim bersama the Baggies dari Chelsea minggu lepas selepas dikecewakan dengan keterbatasan peluang aksi kesebelasan utama di Stamford Bridge.
Clarke merasakan pemain berusia 19 tahun itu memiliki platform yang tepat untuk menunjukkan kualitinya di Liga Perdana Inggeris namun mengakui pemain muda itu bakal berdepan saingan sengit untuk memulakan perlawanan.
"Semestinya dia bersemangat, saya tahu," ujar Clarke.
"Dia mahu ada pencapaian yang bagus dan membuktikan kemampuannya di Liga Perdana Inggeris.
"Sama ada dia rasa kecewa bersama Chelsea, bukan hak saya untuk memberikan komen. Saya tak tahu apa yang berlaku musim lepas di Chelsea.
"Sudah tentu memang sukar untuk dia menempatkan diri dalam pasukan dengan mengatasi Didier Drogba dan Fernando Torres dan memang itulah yang berlaku.
"Tapi dia ada peluang cerah musim ini. Dia salah seorang penyerang yang akan bersaing untuk tempat dalam pasukan say adan saya harap di penghujung musim nanti dia tidak akan merungut mengenai apa saja."

Tiada ulasan:
Catat Ulasan