Selasa, 28 Ogos 2012

Allen:Seri yang manis kelat


Allen... Cipta debut di Anfield

Joe Allen mengulas mengenai permainan "hebat" selepas pasukannya Liverpool seri 2-2 dengan juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City.
 
Midfilder Wales tersebut melakukan debut Anfieldnya dan cemerlang apabila pasukan bimbingan Brendan Rodgers dua kali mendahului City.
 
Malangnya mereka dua kali mempersia-siakan kelebihan itu dengan Yaya Toure dan Carlos Tevez membalas gol dari Martin Skrtel dan Luis Suarez.
 
"Ia cukup mengujakan. Permainan yang hebat untuk peminat berkecuali dan bagus rasanya untuk dua kali mendahului jadi kami kecewa untuk tidak memenangi perlawanan," katanya. "Manis-manis kelat mungkin gambaran perasaan yang cukup tepat."
 
Keputusan seri ini muncul lapan hari selepas kekalahan perlawanan pembukaan the Reds di West Brom. Jangkaan memag cukup tinggi ketika itu dengan Rodgers berada di kawasan teknikal pasukan buat kali pertama namun Liverpool ditewaskan 3-0.
 
"Kami tahu kami akan bangkit kembali," tambah Allen. "Kami melupakannya dan kami akan cuba bermula dari sini."
 
Wujud pertembungan dari segi stail permainan yang ditunjukkan apabila City yang bermain dengan tiga pemain pertahanan berdepan kesukaran menentang Liverpool berwajah baru yang cukup licik.
 
"Bermain dengan tiga pemain pertahanan bukan sesuatu yang banyak dilakukan oleh pasukan," ujar Allen. "Kami perlu berubah untuk menanganinya dan untuk 15 minit pertama kami bergelut untuk menguasai mereka."
 
"Kami bermain tiga pemain di bahagian tengah dan kami tidak mencipta banyak peluang. Secara peribadi saya rasa hebat untuk membuat debut saya dan ia juga perlawanan dan suasana yang hebat."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan