Jumaat, 24 Ogos 2012

Kamu takkan dapat penyerang 35juta pound harga murah


Rodgers memberitahu Newcastle tidak akan dapat memiliki semula Andy Carroll dengan harga murah.

Brendan Rodgers menuduh Newcastle acuh tak acuh dalam usaha mendapatkan Andy Carroll dan menegaskan dirinya ‘tidak waras’ untuk mempertimbangkan penjualan harga murah.
 
Masa depan penyerang England itu menjadi perbualan musim panas ini. Newcastle mahu membawa Carroll kembali ke St James’ Park namun setakat ini mereka langsung tidak memenuhi penilaian Liverpool sebanyak £20 juta.
 
Kali pertama mereka membuat tawaran untuk Carroll ialah secara pinjaman pada bulan lepas namun pengurus Liverpool, Rodgers memberi amaran tegas hanya tawaran realistik yang akan dipertimbangkan.
 
Ketika ditanya lagi Rodgers menegaskan tidak akan ada peluang sama sekali untuk Carroll meninggalkan Anfield secara pinjaman dan dengan hanya tinggal seminggu jendela perpindahan dibuka, andaian semakin kukuh bahawa pemain No 9 Liverpool ini akan kekal di Merseyside selepas 31 Ogos.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan