Jurulatih Itali, Cesare Prandelli telah memihak kepada jurulatih Juventus, Antonio Conte, selepas dia dikritik oleh jurulatih lain kerana masih terus melatih pasukannya.
Jurulatih Roma, Zdenek Zeman memberitahu wartawan dia tidak berasa Conte harus dibenarkan untuk terus melatih pasukannya selepas penggantungan Scommessopoli, dan berkata dia berasa 'seorang jurulatih dengan penggantungan panjang tak seharusnya boleh latih pasukannya'.
Bos Juventus berusia 43 tahun itu telah dihukum penggantungan 10 bulan selepas didapati bersalah gagal melaporkan pengaturan perlawanan, namun ini hanya melibatkan tugasan di bangku simpanan dan bilik persalinan pada hari perlawanan.
"Saya tak lihat mengapa Conte tak boleh latih pasukan. Penggantungan 10 bulan itu dahpun terlalu berat," kata Prandelli, yang beraksi buat The Old Lady di antara 1979 dan 1985, kepada wartawan dalam satu sidang media.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan