Khamis, 16 Ogos 2012

Agent;Drenthe pertimbangkan tawaran


Drenthe dibekukan di Everton kerana masalah disiplin.

Royston Drenthe sedang mempertimbangkan beberapa tawaran dari kelab seperti Manchester City, Inter Milan dan Galatasaray, seperti yang didakwa ejen pengurus bekas pemain Everton itu.
 
Drenthe adalah ejen bebas selepas kontraknya bersama Real Madrid tamat awal musim panas ini. Selepas dipinjamkan ke Hercules dan Everton, wakil Drenthe, Antonio Salerno memberitahu pemain berusia 25 tahun ini mahukan perpindahan tetap ke kelab besar.
 
"Inilah waktunya di mana kami sedang mempertimbangkan tawaran. Ada banyak panggilan telefon dan sekarang masa untuk buat keputusan," kata Salerno.
 
"Dia adalah pemain yang tahu bagaimana untuk kerap naik ke atas jadi dia bukanlah pemain bek klasik. Saya ada berhubung dengan banyak kelab Itali seperti Inter, Napoli, Genoa dan Torino. Jug ada tawaran dari Russia dan Turki. Khususnya Galatasaray."
 
Seorang lagi ejen Drenthe, Serkan Kulup, percaya City, Galatasaray dan Dynamo Kiev merupaka pasukan pilihan untuk memiliki khidmat pemain Belanda tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan