Selasa, 28 Ogos 2012

Owen:Saya hanya perlu pilih yang tepat


Owen ada tawaran untuk dipilih

Bekas penyerang Manchester United, Michael Owen menegaskan beliau semakin hampir menyertai kelab baru dan hanya perlu memutuskan di antara banyak tawaran yang diterima.
 
Pernah dilihat sebagai masa depan bola sepak Inggeris,  Owen dilepaskan oleh United akhir musim lepas selepas tiga tahun di Old Trafford yang lebih kerap dibadai kecederaan selain pernah mewakili Real Madrid dan Newcastle selepas meninggalkan kelab kelahirannya, Liverpool.
 
Kini pemain berusia 32 tahun itu telah dikaitkan dengan Stoke, Fulham dan Everton dan mensasarkan kepulangan ke Liga Perdana Inggeris sejurus membuat keputusan mengenai masa depannya.
 
"Seperti yang banyak berlaku dalam situasi sebegini, jendela perpindahan dan perkara yang serupa dengannya, banyak yang berlaku di penghujung jendela perpindahan apabila pengurus memperbaharui skuad mereka," ujar Owen.
 
"Jadi, ya, saya telah berhubung dengan beberapa pasukan dan sudah tentu saya menjangkakan akan memakai jersi baru tidak lama lagi.''
 
Beliau menambah: "Saya bercakap dengan beberapa pasukan dan ia kes mengenai pasukan terbaik yang akan sesuai dengan saya dan keluarga saya. Saya berkata sebelum ini yang saya mahu berada di Liga Perdana Inggeris dan ia tidak pernah berubah."
 
"Perkara lain dalam membuat keputusan yang tepat: lokasi – ia akan cukup bagus jika saya dapat terus menetap di rumah sendiri, jika tak dapat tak mengapa. Kualiti pasukan, pengurus – semuanya perlu diambilkira sekiranya saya mahu membuat keputusan yang tepat.''

Tiada ulasan:

Catat Ulasan