Arsene Wenger mengakui malam tadi bahawa tonggak serangan yang dibelinya bagi menggantikan Robin van Persie masih belum menampakkan hasil.
Bos The Gunners menyaksikan pasukannya sekali lagi gagal membuat jaringan di Stoke.
Arsenal kini satu-satunya kelab dalam Liga Perdana yang gagal menjaringkan gol dalam dua perlawanan pembukaan mereka.
Tempoh 180 minit tanpa jaringan ini juga bermakna ia permulaan kedua terburuk mereka dalam kempen Liga Perdana.
Apa yang membimbangkan Gooners, pengurus mereka mengakui pembelian £13 juta, Olivier Giroud dan pemain bernilai £11 juta, Lukas Podolski tiada sefahaman - dan ia mungkin memerlukan beberapa minggu kerja teliti di padang latihan sebelum mereka berjaya melakukannya!
Sementara itu, Wenger mendedahkan dia perlu menunggu dengan sabar untuk ketibaan pendatang baru. Selepas seri di Britannia, bos Arsenal kecewa mengakui, "Masih ada sesuatu yang hilang."
"Bagi serangan, kami masih mempunyai beberapa kerja yang perlu dilakukan kerana kami hilang sedikit ketepatan dalam final third - bagi gerakan dan hantaran kami."
"Stoke bertahan dengan sangat baik dan mempunyai pengalaman di pertahanan. Tapi saya masih fikir kami sepatutnya menang 1-0."
|
Selasa, 28 Ogos 2012
Wenger:Ada sesuatu yang hilang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan