Jumaat, 24 Ogos 2012

Ki Sung-Yueng akan muktamadkan perpindahan 5juta pound ke Swansea


Ki Sung-Yueng ... mifielder versatil.

KI Sung-Yueng dijadualkan tiba di Wales untuk menyelesaikan perpindahan £5 juta lebih ke Swansea City.
 
Pemain antarabangsa Korea Selatan itu membuat perpindahan rekod kelab dari Celtic.
 
Difahamkan Ki telah mempersetujui kontrak lumayan yang akan menjadikan beliau antara pemain bergaji tinggi di the Liberty.
 
Dan Swansea berharap beliau dapat disahkan sebagai pemain baru mereka sebelum pertemuan hujung minggu ini dengan West Ham — walaupun pembelian rekod kelab ini tidak mungkin dapat bermain di waktu tengahari Sabtu.
 
"Kami telah bersetuju dengan banyak perkara dengan Ki ketika ini," kata pengerusi Swansea, Huw Jenkins. "Sekarang ia mengenai perkara membawanya ke sini dan sebaik kami melakukannya, kami boleh duduk berbincang dan memuktamadkan perkara."
 
"Beliau masih berada di Korea Selatan kerana beliau telah diberikan dua minggu rehat tambahan selepas sukan Olimpik oleh Celtic."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan