Sabtu, 11 Ogos 2012

Gotze kembali berlatih bersama Dortmund


Gotze kembali jalani latihan bersama skuad utama Dortmund.

Bintang Borussia Dortmund, Mario Gotze kembali berlatih selepas terlepas sebahagian besar pra-musim akibat masalah konjunktivitis dan mungkin cergas untuk berdepan Bayern Munich dalam aksi Piala Super Jerman hujung minggu ini.
 
Gotze, 20, menikmati separuh pertama kempen 2011-12 yang cemerlang, namun kecederaan peha menyaksikan dia terlepas beberapa perlawanan dalam perjalanan Dortmund menjulang kejuaraan berganda Bundesliga dan DFB Pokal pertama mereka.
 
Dortmund berharap untuk memastikan pemain perancang itu, yang dikhabarkan menjadi sasaran perpindahan bernilai €40 juta buat Manchester United dan Inter Milan, cergas sepenuhnya untuk pra-musim, namun masalah konjunktivitis menggangu pelan tersebut.
 
Walaupun Gotze kekal keraguan untuk pertembungan Piala Super Ahad ini, dia boleh diturunkan oleh jurulatih, Jurgen Klopp walaupun matanya masih belum pulih sepenuhnya.
 
Sebelum sesi latihan terbuka Dortmund di hadapan 25,000 penyokong Rabu lalu, Klopp berkata: "Dia kembali dengan visi 80% di mata tersebut. Itu paling banyak yang boleh anda lihat selepas keluar malam – dengan perbezaannya adalah ia tak jadi lebih baik pun ketika di siang hari."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan