Jumaat, 17 Ogos 2012

West hHam struktur kembali bidaan 10juta pound untuk Jarvis


Jarvis diminati West Ham

West Ham akan sekali lagi membida Matt Jarvis selepas bidaan awal mereka ditolak oleh Wolves.
 
The Hammers membida £10 juta untuk pemain sayap kiri ini minggu lepas namun ditolak kerana mereka hanya bersedia membayar pendahuluan £5.5 juta dengan baki dibayar berdasarkan klausa tambahan.
 
Wolves menilai pemain berusia 26 tahun itu dengan harga £10 juta namun mahukan ia dibayar dalam satu transaksi sahaja.
 
Jarvis, yang sekali bermain untuk England, memberikan respons dengan memohon perpindahan bagi melancarkan perpindahannya ke West Ham.
 
Pengurus  Sam Allardyce mahu menajamkan serangan dari sayap kirinya dan akan sekali lagi membuat bidaan yang dipertingkatkan untuk Jarvis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan