Khamis, 16 Ogos 2012

Everton sedia sambar Mirallas

Mirallas jadi sasaran Everton

Everton sedia segera melabur wang hasil penjualan Jack Rodwell dengan menyelesaikan perjanjian perpindahan mengejut £5.3 juta untuk Kevin Mirallas.
 
Penyerang Olympiakos ini menjadi sasaran beberapa kelab musim panas ini termasuk Arsenal namun pengurus Everton, David Moyes, yang baru saja menjual Rodwell ke Manchester City dengan harga  £12 juta, telah bertindak segera untuk pemain Belgium tersebut/
 
Memandangkan pemain ini boleh bermain di kedua belah bahagian sayap dan tengah, Mirallas, 24, yang juga penjaring terbanyak di liga Greece selain Pemain Terbaik Tahunan musim lepas, sesuai dengan ciri-ciri yang dikehendaki dan akan bergandingan dengan rakan senegaranya di
Goodison Park, Marouane Fellaini.
 
Ditanya sama ada beliau berminat bermain di Liga Perdana Inggeris, Mirallas menjawab: "Berpindah ke England akan menjadi tindakan yang bagus untuk saya. Ia bagus untuk keluarga saya dan peluang keemasan."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan