Bos Liverpool, Brendan Rodgers bersedia untuk menyingkirkan midfielder Scotland, Charlie Adam bagi menandatangani pemain Fulham, Clint Dempsey.
Rodgers menganggap Adam, 26, sebagai pemain lebihan di Anfield berikutan ketibaan Joe Allen dari Swansea City pada hari Jumaat dan prestasi yang mengagumkan daripada Jonjo Shelvey.
Rodgers dan pemilik kelab warga Amerika mahukan striker USA, Dempsey tetapi gagal mempersetujui perjanjian dengan Fulham, yang menilainya pada harga £10 juta.
Namun, Liverpool berharap kemasukan Adam ke dalam pakej perjanjian akan membantu menekan perpindahan. Fulham kini mencari midfielder kreatif bagi menggantikan Danny Murphy.
|
Selasa, 14 Ogos 2012
Rodgers akan guna Adam untuk bawa Dempsey
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan