Selepas kemenangan Manchester City 3-2 di Piala Perisai Komuniti ke atas Chelsea, Roberto Mancini telah mengesahkan pemain pertahanan Micah Richards akan diketepikan selama sebulan kerana kecederaan buku lali.
Pemain pertahanan ini tidak memainkan peranan dalam kemenangan di Villa Park, selepas mengalami kecederaan tersebut ketika pasukan GB tewas kepada Korea Selatan di peringkat suku akhir acara bola sepak lelaki Sukan Olimpik.
Pengurus Itali itu mengakui kecederaan Micah lebih teruk dari apa yang dijangkakan pada mulanya.
"Dengan Micah, kami fikir ia kecederaan kecil tapi sebaliknya beliau akan diketepikan lebih lama," ujar Mancini.
"Beliau ada masalah dengan buku lalinya, masalah besar mungkin dan ia mungkin berehat sebulan."
Kecederaan ini membuatkan pemain berusia 24 tahun itu tidak boleh mengambil bahagian dalam perlawanan persahabatan England menentang Itali pada malam Rabu nanti.
|
Selasa, 14 Ogos 2012
Richards rehat sebulan kerana buku lali
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan