Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers bakal membuat satu lagi langkah untuk membawa Daniel Sturridge ke Anfield, dengan perjanjian untuk striker Chelsea tersebut kian dekat.
Sumber rapat The Reds memberitahu bahawa Rodgers mengejar Sturridge sepanjang musim panas ini, dengan midfielder lebihan di Chelsea yang membintangi skuad Olimpik GB musim panas ini dipinggirkan bos Blues, Roberto Di Matteo. Inter Milan juga telah dikaitkan dengan langkah untuk Sturridge, tetapi janji aksi skuad utama yang kerap di Liverpool akan menggoda pemain berusia 22 tahun itu. Sturridge, yang pulih daripada meningitis awal musim panas ini, tiba di Chelsea dari Manchester City pada 2009 dan selepas dua musim bergelut bagi memecah masuk ke dalam kesebelasan utama dan kemudia menjadi pemain regular di Stamford Bridge di bawah Andre Villas-Boas musim lepas. Namun, apabila Villas-Boas digantikan dengan Di Matteo pada bulan Mac, pemain antarabangsa England bawah-21 itu mendapati peluangnya terhad dan ia berterusan begitu pada permulaan kempen 2012/13. |
Ahad, 26 Ogos 2012
Liverpool bakal perbaharui minat buat sturridge
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan