John Terry diberi amaran oleh rakan sepasukannya Petr Cech untuk bersedia dengan ejekan setiap kali Chelsea bermain di luar Stamford Bridge musim ini.
Terry menjadi sasaran ejekan penyokong Manchester City di Villa Park semasa perlawanan Piala Perisai Komuniti hari Ahad lalu dek kerana kes mahkamah terbarunya. Namun Cech percaya Terry sudah cukup mangli menangani ejekan dan fokus untuk bermain dengan cemerlang bersama the Blues.
"Dia pemain yang cekal," kata Cech.
"Dia tahu perkara sebegini akan berterusan setiap kali dia bermain di luar laman sendiri."
"Ia takkan menjejaskannya. Apa yang perlu saya lakukan ialah menyokong JT dan untuk dia bermain dengan bagus. Jika dia dapat melakukannya, semua orang akan gembira."
Terry didapati tidak bersalah atas dakwaan menghamburkan kata-kata perkauman terhadap pemain pertahanan QPR, Anton Ferdinand semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris bulan Oktober lalu berikutan keraguan pertuduhan dalam insiden tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan