Pembantu pengurus Real Madrid, Aitor Karanka memang maklum bagaimana sukarnya kempen liga musim hadapan untuk pasukannya.
Real akan menentang Barcelona yang terdesak untuk merampas kembali kejuaraan La Liga mereka selepas Los Merengues menamatkan dominasi mereka musim lepas.
Mereka juga mahu bersaing sengit untuk menjuarai Liga Juara-juara kerana Jose Mourinho mahu memenangi kejuaraan tersebut dengan kelab ketiga yang berbeza selepas kejayaan bersama Inter Milan tahun 2010 dan Porto tahun 2004.
Orang kanannya, Karanka memberitahu wartawan di Sepanyol: "Kami perlu mencari prestasi terbaik kami kerana kami berdepan cabaran besar dan ia akan menjadi amat sukar dari hari pertama."
"Kami akan perlukan semua bakat dan komitmen pemain jika kami mahu berjaya."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan