Sabtu, 18 Ogos 2012

EPL: Saingan bermula



Lukas Podolski
Pemain baru Arsenal, Lukas Podolski
MALAM ini bermula saingan musim baru Liga Perdana Inggeris (EPL) membabitkan enam perlawanan.

Arsenal yang kehilangan kapten berpengaruh, Robin van Persie bakal berhadapan Sunderland.

Pastinya, aksi di Emirates malam ini menjadi tumpuan dan pemain baru seperti Lukas Podolski, Olivier Giroud serta Santi Cazorla diharap mampu menyinar.

Sementara Reading (menentang Stoke City) serta West Ham (menentang Aston Villa) yang kembali ke kancah EPL musim ini sudah pasti mahu meraih mata maksimum untuk membuktikan mereka layak beraksi semula dalam saingan utama bola sepak England.

Lain-lain perlawanan, Fulham berhadapan Norwich City, Queens Park Rangers menanti kunjungan Swansea City dan West Bromwich melayan kunjungan Liverpool.

Manakala juara bertahan, Manchester City bakal memulakan misi mempertahankan kejuaraan dengan menentang Southampton malam esok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan