Rabu, 15 Ogos 2012

Persie sah milik MU

MANCHESTER United (MU) akhirnya mengesahkan perpindahan penyerang Arsenal, Robin van Persie dengan bayaran £24 juta (RM117 juta) bagi mengikat kontrak selama empat tahun di Old Trafford musim ini.

Menurut laporan BBC semalam, pemain antarabangsa Belanda itu akan bertemu dengan wakil MU dalam tempoh 48 jam akan datang untuk membincangkan syarat peribadi dan menjalani pemeriksaan perubatan.

Laporan MU mengesahkan, "kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa perjanjian United dan Arsenal telah mencapai persetujuan berhubung perpindahan Van Persie ke Manchester."

"Perjanjian itu tertakluk kepada perubatan dan perjanjian dari segi peribadi. Apa-apa pun, pengumuman selanjutnya akan dibuat dalam masa terdekat ini," katanya.

Dalam pada itu, sekiranya ia berjalan dengan lancar, Persie mungkin akan diturunkan ketika MU bertemu Everton pada perlawanan pertama musim Liga Perdana Inggeris  baru, Isnin ini.

Pemain antarabangsa Belanda itu telah menjaringkan 44 gol dalam 57 perlawanan untuk kelab dan negara musim lepas, termasuk dua ketika menentang MU.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan