Jumaat, 24 Ogos 2012

United intai midfielder Mexico


Hector Herrera ... nama gelaran Zorro.

Alex Ferguson cuba merampas percubaan Liverpool membeli bintang Mexico, Hector Herrera.
 
Pengurus Manchester United itu sedia menyamai tawaran Liverpool sebanyak £10 juta untuk midfielder Pachuca dengan nama gelaran Zorro.
 
Beliau adalah inspirasi di sebalik kejayaan Mexico memenangi pingat emas di Sukan Olimpik awal bulan ini apabila mereka mengejutkan pasukan pilihan, Brazil di final.
 
Andres Fassi, pengarah sukan Pachuca, memberitahu: "Ada minat rasmi. Kami ada dokumennya."
 
"Kami tahu dia akan berpindah ke England. Manchester United dan Liverpool telah menghubungi kami."
 
"Kami mahu dia terus bermain dengan Pachuca. Tapi apabila dia memutuskan untuk pergi, kelab akan memberikannya peluang untuk melakukannya."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan