Agen striker Villareal, Guiseppe Rossi telah mengesahkan yang striker itu akan menyambut peluang untuk menyertai AC Milan.
Pemain berusia 25 tahun itu telah melalui tahun sukar selepas koyak ligamen lutut Oktober lalu, dan kemudian mengalami pengulangan kecederaan tersebut sewaktu dia kembali berlatih dengan Yellow Submarine pada April.
Kecederaannya telah menyebabkan dia hanya tampil 14 kali dalam semua pertandingan musim lalu buat kelab, dan tanpanya, Villarreal disingkirkan dari La Liga pada Mei.
Walaupun dia diketepikan dalam tempoh yang lama, beberapa pasukan teratas Eropah masih mengekalkan minat untuk menandatangani pemain tersebut, termasuk Milan. Agennya, Federico Pastorello mengesahkan yang penyerang itu akan menyambut peluang seperti itu.
Bercakap tentang kemungkinan berpindah, Pastorello berkata: "Milan? Saya tak tahu jika hubungan dengan Rossoneri telah dibuat, namun Rossi semestinya katakan ya jika dia dipikat oleh Milan."
"Untuk Guiseppe Rossi, pasaran perpindahan akan bermula dalam beberapa minggu terakhir jendela perpindahan. Dia mahu bermain di Serie A semula dan saya jangka panggilan dari kelab-kelab Itali."
"Dia akan jadi sangat berguna buat Napoli dan Roma. Inter juga perlukan pemain muda dalam skuad mereka. Juventus kekurangan pemain taraf tinggi dan Milan perlu gantikan striker mereka yang dah tinggalkan kelab."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan