Jumaat, 17 Ogos 2012

Lampard tak pasti masa depan di Chelsea


Lampard ... Masa depan dalam kesamaran

Midfielder Chelsea, Frank Lampard mendedahkan beliau masih menunggu perbincangan mengenai kontrak baru ketika beliau bersiap-sedia memasuki tahun terakhir dalam kontrak sedia ada.
 
Pemain berusia 34 tahun ini mengakui tidak pasti di mana masa hadapannya namun tekad mahu terus bersama the Blues hingga ke akhir karier permainannya.
 
Lampard memberitahu beliau dimaklumkan bahawa perbincangan akan dimulakan apabila beliau kembali untuk kempen musim 2012-13 namun sehingga kini masih menantikan kelab untuk memulakannya.
 
"Kami pernah membincangkannya musim lepas dan ia dimaklumkan akan dihubungi semula – dan tiada apa-apa dari mereka setakat," kata Lampard.  "Saya tak tahu [apa yang akan berlaku]."
 
"Ketika ini saya hanya bermain. Saya mahu duduk dan berbincang dengan mereka. Tapi ketika ini saya mahu bermain dan ia terpulang kepada kelab untuk melakukannya."
 
"Saya mahu mengakhiri karier saya di sini. Saya rasa saya boleh bermain di tahap tertinggi untuk beberapa tahun lagi tapi bergantung kepada kelab sama ada mereka merasakan perkara yang sama."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan