Khamis, 16 Ogos 2012

Kakuta berazam untuk pindah


Kakuta telah gagal menyerlah buat Chelsea.

Gael Kakuta telah dengan jelas meluahkan niatnya untuk meninggalkan Chelsea dan kembali ke Perancis, dengan penyerang itu mensasarkan Marseille sebagai destinasi pilihannya.
 
Kakuta, 21, telah bergelut untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama The Blues, memulakan hanya satu perlawanan Liga Perdana sejak tiba dari Lens pada 2007.
 
Kakuta telah dipinjamkan ke Dijon pada Januari sehingga penghujung musim 2011-12 selepas telahpun menghabiskan tempoh pinjaman di Fulham dan Bolton sejak berpindah ke Chelsea, dan dia kini terdesak untuk menikmati aksi bola sepak dengan pasukan utama.
 
Dia berkata: "Keputusan saya muktamad. Ini adalah masa penting dalam karier saya. Ia lebih baik untuk saya tinggalkan kelab dan cari pasukan di mana saya boleh beraksi lebih banyak perlawanan. Saya perlu bermain."
 
Marseille kekal pilihan menarik buat Kakuta, walaupun dia terbuka untuk menyertai beberapa kelab lain di Ligue 1.
 
"Marseille adalah kelab yang saya suka," tambahnya. "Di Perancis, Marseille, Lyon dan Lille adalah tiga kelab yang paling saya gemari. Tiada apa yang pasti lagi. Pertama sekali, Marseille harus menjual dulu dan kemudian bincang gaji yang sesuai."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan