Selasa, 14 Ogos 2012

Ejen Moses nafikan persetujuan dengan Chelsea


Moses belum muktamadkan masa depannya

Penyerang Wigan Athletic, Victor Moses belum bersetuju dengan perjanjian perpindahan ke juara Liga Juara-juara, Chelsea, seperti yang didedahkan oleh ejen pemain itu.
 
Neil Fewings menegaskan tiada persetujuan dicapai di antara kedua-dua kelab untuk pemain antarabangsa Nigeria ini walaupun dengan berita perpindahan £9 juta.
 
Moses tampil lebih dari70 perlawanan untuk the Latics dan menerima pujian kerana aksinya untuk pasukan ketika mereka bergelut untuk terus berada di Liga Perdana Inggeris menuju penghujung musim lepas.
 
"Laporan bahawa perjanjian £9 juta telah dipersetujui di antara Chelsea dan Wigan tidak benar," kata Fewings.
 
Chelsea dipercayai mencari pemain berbakat berpengkalan di British ke dalam skuad mereka dan merasakan Moses menepati ciri-ciri tersebut
namun akan perlu memenuhi penilaian £10 juta dari Wigan untuk pemain yang mereka beli dengan harga £2.5 juta dari Crystal Palace pada Januari 2010.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan