QPR yang bercita-cita tinggi bakal meneruskan perbelanjaan musim panas selepas Tottenham menerima tawaran £7.5 juta mereka untuk bek, Michael Dawson, yang boleh meningkat kepada £10 juta.
Langkah ini mengejutkan peminat Tottenham, ketika Dawson seolah-olah bersedia untuk mengambil alih peranan kapten berikutan persaraan Ledley King.
Namun, bekas pemain Nottingham Forest, 28, ditinggalkan skuad ketika Tottenham tewas 2-1 di Newcastle pada hari Sabtu dan dilihat akan mengikut jejak langkah Sebastien Bassong keluar White Hart Lane, selepas dia dihantar ke Norwich.
Dawson telah membuat lebih 200 penampilan untuk kelab utara London tetapi terlepas hampir keseluruhan musim lalu akibat dua kecederaan utama.
Masa depan Tom Huddlestone dan David Bentley juga dalam keraguan, dan pemain tengah kreatif, Luka Modric kini mungkin hanya membilang hari di Lane ketika dia berkali-kali dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid.
|
Khamis, 23 Ogos 2012
Michael Dawson bakal ke QPR
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan