Pengurus Sunderland, Martin O'Neill menangani berita kurang menyenangkan apabila pemain pertahanan Phil Bardsley bakal berehat panjang kerana kecederaan.
Bardsley, 27, 29 kali memulakan perlawanan untuk the Wearsiders di musim 2011-12 namun terlepas jadual pra-musim kerana kecederaan buku lali.
"Phil Bardsley telah menjalani pembedahan. Ia benar-benar mengecewakan kami," ujar pengurus Sunderland, Martin O'Neill.
Berita ini mungkin akan membuatkan O'Neill mengadakan rundingan mendapatkan pemain bek Aston Villa, Stephen Warnock – dengan the Wearsiders ini juga dikaitkan dengan pemain pertahanan Wolves, Stephen Ward sepanjang minggu ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan