Markus Rosenberg berharap dapat memujuk rakan senegaranya dari Sweden, Jonas Olsson untuk terus kekal di West Bromwich Albion.
Rosenberg, 29, tiba di the Hawthorns minggu lepas dengan kontrak selama tiga tahun dan telah menyatakan hasrat beliau untuk rakan senegaranya, Olsson supaya memberikan komitmen masa depannya kepada the Baggies.
Harapan itu mungkin hanya tinggal harapan dengan sumber membayangkan pemain pertahanan tersebut cenderung untuk berpindah namun Albion yakin mereka telah membuat kemajuan dalam usaha memujuknya untuk terus kekal.
Olsson ada baki setahun dalam kontrak bersama Albion, kelab yang telah diwakilinya sejak lima tahun lepas dan kelab lebih rela melepaskan beliau dengan yuran perpindahan yang munasabah sekarang dari kehilangannya secara percuma musim panas tahun hadapan.
Perpindahan ke London menjadi pilihan Olsson namun ia masih menjadi pertanyaan sama ada Fulham atau Tottenham, yang telah dikaitkan dengannya, akan meneruskan minat mereka dengan tawaran kukuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan