Brendan Rodgers berkata dia tidak akan berbelanja berlebihan untuk menjadikan Liverpool kompetitif semula di persada Liga Perdana.
Hanya kurang dua tahun lalu sejak Liverpool hampir bangkrap ketika era Tom Hicks dan George Gillett, dan Rodgers berjanji yang kelab itu tidak akan berada dalam posisi itu lagi.
"Ini adalah kelab bola sepak Liverpool dan ia menakjubkan untuk fikir ia hampir bangkrap," kata Rodgers. "Anda mungkin rasa ia takkan berlaku kepada kelab anda namun siapa sangka ia boleh berlaku kepada sebuah pasukan seperti Rangers?"
"Namun jika bola sepak berterusan bayar gaji tinggi seperti beberapa kelab lakukan, anda seperti minta ia berlaku. Jika anda rasa ia takkan berlaku, sebenarnya ia boleh, mungkin bukan sekarang tapi lambat laun akan berlaku. Lihat sejarah Rangers. Itu amaran untuk semua kelab."
"Dalam kehidupan profesional dan sosial, saya suka dapatkan nilai, itu memang sifat saya dan cara saya dibesarkan. Saya enggan bayar apa-apa dengan kos. Jika ada seorang pemain yang boleh buat perbezaan, kami akan lakukan segalanya untuk dapatkannya. Apa yang saya tak sedia lakukan adalah buang masa, wang dan usaha untuk seseorang yang tak tambah nilai. Saya lebih sukakan pemain yang dahagakan kejayaan, mereka yang mahu cemerlang."
"Mereka akan jana pendapatan tinggi dan mereka akan tambah nilai dan harga mereka jika mereka beraksi dengan baik."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan