Ketua Juventus, Giuseppe marotta menafikan bahawa kelab itu telah membuat pertanyaan tentang striker Barcelona, David Villa.
Laporan di Sepanyol menyebut bahawa langkah mungkin belum terpadam, namunkini ia telah disangkal oleh eksekutif berusia 57 tahun itu.
The Old Lady kini mencari jalan menandatangani striker berprofil tinggi pada musim panas ini, dan telah dikaitkan dengan Robin van Persie, Edin Dzeko dan Fernando Llorente. Namun Villa, 30, tiada dalam senarai mereka.
"Saya boleh nafikan sebarang minat atau rundingan untuk David Villa," kata Marotta.
"Dia pemain yang hebat, tapi bukan jenis yang kami cari. Kami mahu striker seperti Edinson Cavani atau Llorente, yang merupakan sasaran utama kami bersama-sama dengan Edin Dzeko."
Dengan masa semakin suntuk dalam jendela perpindahan, Juventus tentu akan fokus usaha mereka tentang merekrut penjaring gol baru bagi membantu niat mereka untuk kembali menjuarai gelaran Serie A.
|
Selasa, 28 Ogos 2012
Juventus tak berminat dengan Villa
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan