Selasa, 28 Ogos 2012

Arteta kecewa peluang yang dipersia


Arteta... Kecewa

Midfielder Arsenal, Mikel Arteta kecewa dengan kegagalan pasukannya menyempurnakan peluang selepas seri tanpa jaringan menentang Stoke – keputusan seri kali kedua berturut-turut di Liga Perdana Inggeris.
 
The Gunners mendominasi permainan tapi sama seperti pertemuan dengan Sunderland, gagal memanfaatkannya.
 
"Ia (dua mata dari dua perlawanan pertama) tak cukup bagus. Kami mahu tiga mata, tapi sukar untuk datang ke sini dan mendapatkan mata,'' ujar Arteta. "Kami ada beberapa peluang yang sangat bagus tapi ketika ini kami tidak memanfaatkannya, perkara sama berlaku minggu lepas."
 
"Kami mencipta dan melepaskan beberapa peluang kepada lawan tapi kami rugi dua mata hari ini.''
 
Bagaimanapun di bahagian pertahanan Arsenal nampak mantap dan tenang menghadapi asakan fizikal dari pasukan tuan rumah. Arteta memujinya dan turut bercakap mengenai kemampuan pemain baru pasukan, Olivier Giroud dan Lukas Podolski.
 
"Anda tahu jika anda melakukan kekasaran dan hantaran ke dalam, mereka boleh mencetuskan masalah kerana mereka dapat menghantar bola ke
kotak penalti dan sangat tersusun dengan gerakan set pieces,'' ujarnya.
 
"Kami tak melepaskan banyak peluang itu dan kami cukup tersusun. Kami perlukan tiga, empat, lima perlawanan bermain bersama-sama dan kemudian kami akan lihat (bagusnya mereka). Mereka ada kualiti.''

Tiada ulasan:

Catat Ulasan