Rabu, 15 Ogos 2012

Hamburg mengalah tentang bintang Blues


Arnesen tiada hasrat sasarkan pemain Chelsea.

Pengarah sukan Hamburg, Frank Arnesen berkata kelab itu tidak mempunyai rancangan untuk menandatangani pemain dari Chelsea.
 
Arnesen, yang bekerja di Stamford Bridge antara 2005-2011, mengambil beberapa pemain dari Blues tahun lalu, termasuk Jacopo Sala, Michael Mancienne, Gökhan Tore, Slobodan Rajkovic, namun Hamburg mengharungi musim yang sangat mengecewakan.
 
Kelab itu mempertimbangkan tawaran pinjaman untuk pemain Chelsea, Romelu Lukaku dan Kevin de Bruyne tetapi akhirnya tidak membuat apa-apa tawaran dan Arnesen berkata tidak akan ada ketibaan lanjut dari kelab London itu.
 
"Saya tak mahu tandatangani mana-mana pemain mereka," katanya. "Terdapat satu atau dua calon, tapi saya yakin media di sini tak layan budak-budak Chelsea ini dengan baik. Ini tak menjadi masalah bagi saya, tapi ia buat pemain. Mereka masih muda, dan cara mereka dilayan nyata tak adil."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan