Rabu, 15 Ogos 2012

Spurs buat tawaran M'Vila


MVila dalam radar Spurs

Tottenham Hotspur telah mengenengahkan tawaran €15 juta untuk midfielder Rennes, Yann M'Vila, menurut laporan di Perancis.
 
M'Vila, 22, menjadi fokus spekulasi hangat musim panas ini dengan Rennes mengharapkan tawaran €20 juta untuk khidmatnya.
 
Dipercayai kelab Ligue 1 itu sedia mengurangkan penilaian mereka memandangkan kedudukan kewangan kelab ketika ini.
 
Dan difahamkan bahawa seteru utama Arsenal di Utara London, Tottenham telah mendahulu persaingan untuk M'Vila yang memiliki 22 cap bersama Perancis apabila the Gunners mengurangkan minat mereka minggu kebelakangan ini.
 
Tottenham dan pengurus baru mereka, Andre Villas-Boas mengesahkan hasrat mereka untuk memperkuatkan pasukan menjelang permulaan Liga Perdana Inggeris musim hadapan dengan M'Vila mendahului dalam senarai pemain sasaran kelab.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan