Usaha Arsenal mendapatkan Nuri Sahin berjalan lancar selepas tergantung dengan klausa penjualan lebih £14 juta jika mereka memutuskan untuk menjadikan perpindahan pinjamannya sebagai kekal pada musim panas tahun hadapan.
Midfielder Real Madrid itu kecewa apabila Real mahukan harga tetap £14 juta disertakan sekali dalam perjanjian tersebut jika Arsenal memutuskan untuk membeli midfielder Turki ini sebaik pinjamannya berakhir.
Namun kini nampaknya ada kompromi telah dicapai di antara kedua-dua belah pihak dan the Gunners akhirnya dapat memiliki pemain sasaran mereka.
The Gunners begitu yakin memiliki khidmat Sahin hinggakan mereka merancang membuat sesi penggambaran hari ini sebelum pengenalan rasminya. Kelab menangguhkan sesi tersebut selepas masalah minit akhir ini.
The Gunners juga bercadang melepaskan Andrey Arshavin sebelum jendela perpindahan ditutup dengan Zenit St Petersburg memperbaharui minat mereka terhadap penyerang Russia ini. Arsenal terdesak melepaskan Arshavin bersama gaji £70,000 dalam bil bayaran gaji kelab.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan