Ahad, 26 Ogos 2012

Giggs:Pembelian RVP satu mesej besar


Ryan Giggs teruja dengan musim baru.

Pembelian Manchester United, Robin van Persie dari Arsenal menghantar "mesej besar" bahawa kelab itu berazam memenangi trofi musim ini, jelas Ryan Giggs.

Van Persie beralih ke Old Trafford dari Emirates dalam perjanjian yang dianggap bernilai sekitar £24 juta selepas spekulasi musim panas yang menyaksikan dia dikaitkan dengan United, juara Manchester City dan Juventus.

Dan pemain veteran, Giggs berkata United bersedia melupakan kekecewaan terlepas gelaran melalui perbezaan gol musim lalu, dan selesai musim dengan tangan kosong di belakang mereka.

"Itu (pembelian van Persie) menghantar mesej besar," kata Giggs di laman web rasmi United. "Hebat apabila pemain keluar dan turut berkata dia mahu datang ke kelab."

"Saya berat sebelah, tapi pemain tentu mahu datang ke United kerana anda selalu dijamin cabaran untuk trofi, ada semangat pasukan yang hebat, kemudahan bagus, dan anda dapat bermain untuk pengurus hebat. Terdapat banyak mata tambahan."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan