Khamis, 23 Ogos 2012

Hammers bida 10juta pound untuk Jarvis


Allardyce berikan bidaan muktamad ñ0 juta kepada Wolves.

West Ham melancarkan bidaan akhir  £10 juta untuk pemain sayap Wolves, Matt Jarvis.
 
Wolves setakat ini telah menolak dua bidaan dengan yang terakhir merupakan bayaran pendahuluan £6.5 juta dan £3 juta bayaran tambahan.
 
Jarvis, 26, memohon perpindahan namun bermain menentang Leeds hari Sabtu lepas dan menentang  Barnsley malam Selasa lalu.
 
Pengurus Sam Allardyce mahu menerapkan elemen kepantasan dalam pasukannya namun enggan menghabiskan lebih dari £10 juta untuk pemain antarabangsa England itu dan mempertimbangkan pilihan lain namun tidak mungkin mendapatkan pemain Tottenham, David Bentley yang kini menjadi ejen bebas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan