Naib presiden AC Milan, Adriano Galliani memberi amaran kepada Real Madrid yang mereka tidak sanggup mendapatkan Kaka dengan kontrak tetap.
Milan telah beberapa kali berbincang mengenai kepulangan Kaka, 30, dengan Madrid dipercayai mahu melepaskan pemain itu dari bil gaji mereka.
Jose Mourinho awal bulan ini menyatakan akan berasa gembira dapat mengekalkan Kaka, pemain rekod dunia perpindahannya dari Milan pada tahun 2009 dan bahawa pemain Brazil itu hanya akan meninggalkan Bernabeu jika Milan memenuhi harga permintaan mereka. Dengan Milan
enggan meluluskan perpindahan kekal, ada kemungkinan bahawa perpindahan ini tidak akan menjadi kenyataan.
"Perjanjian ini bergantung dengan Real Madrid," kata Galliani. "Mereka hanya mahu melepaskan Kaka secara kekal sedangkan kami mahukan dia secara pinjaman."
"Jika mereka mengubah fikiran mereka, saya sedia terbang ke Madrid, kalau tidak, tiada apa-apa yang akan berlaku. Kami ada lima pemain tengah dan lima pemain sayap dan saya boleh katakan kami telah bersedia sepenuhnya."
|
Selasa, 28 Ogos 2012
Milan redakan minat ke atas Kaka
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan