Khamis, 23 Ogos 2012

Kami akan dapat Cavani


Roberto Di Matteo sasarkan Cavani.

Roberto Di Matteo akan berbelanja £35 juta untuk membawa tonggak Napoli,Edinson Cavani ke Chelsea.
 
Bos The Blues terdesak untuk membawa masuk seorang lagi striker sebelum tarikh akhir perpindahan pada 31 Ogos dan dia mahukan pemain antarabangsa Uruguay itu.
 
Namun jika perjanjian itu gagal, Di Matteo mungkin berbelanja £45 juta untuk pemain pilihan kedua iaitu striker Brazil dan Porto, Hulk.
 
Cavani dan Hulk kedua-dua telah lama menjadi sasaran Chelsea.
 
Difahamkan The Blues akan mengadakan rundingan dengan kedua-dua kelab minggu depan apabila pihak atasan Chelsea berada di Monaco untuk undian jadual Liga Juara-juara.
 
Di Matteo berkata, "Saya tak tahu jika akan ada pendatang baru. Kami mungkin perlukan sedikit di posisi serangan."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan