Midfielder QPR, Joey Barton mahu beraksi untuk Marseille dan kini sedang dalam perbincangan dengan kelab itu, menurut agennya, Willie McKay.
Midfielder kontroversi itu telah dikaitkan dengan kelab Perancis buat beberapa ketika, selepas hilang peranan kapten di Loftus Road dan diketepikan tanpa diberi nombor skuad. Barton dihukum penggantungan 12 perlawanan pada penghujung musim lalu selepas dia dibuang padang menentang Manchester City dan QPR telah sejak itu banyak berbelanja untuk pemain baru sepanjang musim panas ini. Barton kini dilihat bakal meninggalkan Loftus Road dengan perpindahan ke Marseille dilihat sebagai destinasi pilihannya. "Joey Barton mahu beraksi buat OM musim depan," kata agennya, Willie McKay. "Kami sedang dalam perbincangan, namun tiada apa yang dah termeterai buat masa ini. "Saya tak mahu buat sebarang komen tambahan tentang perbincangan sebagai menghormati Jose Anigo [pengarah sukan Marseille] dan Vincent Labrune [presiden Marseille]." |
Ahad, 26 Ogos 2012
Barton mahu beraksi untuk Marseille
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan