Jumaat, 24 Ogos 2012

Blues tak mahu tawaran 30juta pound City


City mahu dapatkan David Luiz dari Chelsea.

Chelsea menolak tawaran Manchester City setinggi £30 juta untuk David Luiz.
 
Pengurus City, Roberto Mancini perlukan pemain pertahanan tambahan dengan Micah Richards tersisih kerana kecederaan selama 10 minggu.
 
Luiz diketepikan semasa kemenangan ke atas Reading malam Rabu lalu ketika Chelsea dan City cuba mengusahakan satu perjanjian – namun bek tengah Brazil itu menerusi Twitter mendakwa beliau ada masalah kecederaan lutut.
 
Chelsea tidak gembira dengan kenyataan di Twitter dan Luiz telah didenda.
 
Pengurus Roberto Di Matteo memberitahu: “Perkara laman sosial ini melingkari hidup kita sekarang. Kami akan menanganinya secara dalaman.”
 
Namun Luiz masih menjadi sebahagian besar dari perancangan Roberto Di Matteo dan City akan perlu membuat tawaran yang lebih tinggi untuk mendapatkan pemain Brazil itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan