Emmanuel Adebayor telah diberitahu beliau tidak akan bermain untuk Manchester City musim ini.
Roberto Mancini mengambil pendirian tegas dengan penyerang itu ketika beliau cuba memaksa Adebayor agar mengurangkan tuntutan gajinya dan menyelesaikan perpindahan ke Tottenham Hotspur.
Kedua-dua kelab sepakat dengan yuran perpindahan £5.5 juta untuk pemain Togo tersebut yang telah menghabiskan musim lepas secara pinjaman di White Hart Lane namun Adebayor – yang menerima gaji £170,000 seminggu di Stadium Etihad – enggan menerima gaji yang lebih rendah.
Adebayor telah diketepikan dari skuad City untuk perlawanan persahabatan pra-musim sedangkan Roque Santa Cruz, yang juga mahu dijual, telah dibenarkan bermain untuk mencari kecergasan perlawanan ketika Mancini cuba memaksa Adebayor untuk berpindah.
"Saya minta maaf kepada Adebayor kerana dia tiada peluang di City," kata pengurus ini.
"Dia memang langsung tiada peluang bermain di sini musim ini jadi untuk kami, ia amat penting untuk dia mencari penyelesaiannya."
Adebayor mendatangkan kos kepada City £26 juta apabila menyertai kelab dari Arsenal pada tahun 2009.
|
Rabu, 15 Ogos 2012
Machini gesa Adebayor angkat kaki
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan