Khamis, 16 Ogos 2012

Zabaleta :liga perdana inggeris keutamaan kami


Zabaleta mahu kejuaraan Liga Perdana mereka dikekalkan

Pablo Zabaleta memberitahu mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan bukannya memenangi Liga Juara-juara menjadi keutamaan Manchester City musim ini.
 
Zabaleta, 27, merupakan salah seorang penjaring gol di perlawanan terakhir musim lepas apabila City memenangi kejuaraan liga buat kali pertama dalam tempoh 44 tahun.
 
Bagaimanapun mereka gagal melepasi peringkat kumpulan Liga Juara-juara dalam musim debut mereka dan pemain Argentina itu percaya mereka perlu membuat kemajuan di Eropah.
 
"Liga Perdana Inggeris kekal menjadi fokus utama kami kerana ia hadiah terbesar di England," ujarnya.
 
"Kami tahu pasukan lawan akan menjadikannya lebih sukar tapi kami berazam untuk mencipta sejarah bersama Manchester City. Motivasi tidak akan menjadi masalah.
 
"Kami tidak ada kempen Liga Juara-juara yang bagus dan kami mahu melakukannya lebih baik kali ini. Ia mengambil masa sebelum anda mengukuhkan kedudukan sebagai pasukan ternama Eropah dan kami akan belajar dari pengalaman kami tahun lepas."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan