Alvaro Pereira menyifatkan spekulasi bahawa beliau menjadi sasaran Napoli dan Inter Milan sebagai "khabar angin" semata-mata dan menegaskan beliau "fokus terhadap Porto".
Pereira, 27, menjadi antara pemain Porto paling konsisten sejak beberapa musim lepas dan turut menunjukkan permainan memberangsangkan bersama Uruguay – khususnya di Piala Dunia 2010 dan Copa America 2011 0 – dan dek kerana itu telah dikhabarkan bakal meninggalkan Estadio do Dragao.
Chelsea dikecewakan selepas membuat pertanyaan untuk pemain bek sayap ini tahun lepas namun Inter dan Napoli muncul sebagai pemburu berpotensi musim panas ini.
Bagaimanapun dengan Liga Portugal yang bakal bermula, Pereira menegaskan beliau tidak bercadang untuk ke seberang laut.
"Saya pemain Porto dan saya tidak bercakap mengenai masa depan saya," ujarnya.
"Ada banyak khabar angin tapi saya hanya memikirkan tentang berlatih gigih untuk kelab yang saya sayangi.
"Saya hanya fokus dengan Porto. Saya ada beberapa rakan sepasukan antarabangsa yang bermain di Itali dan saya menyaksikan liga mereka bila saya senang tapi apa yang saya dengar hanyalah khabar angin."

Tiada ulasan:
Catat Ulasan