Jurulatih Croatia, Igor Stimac berkata dia yakin midfielder Tottenham, Luka Modric akan menyertai Real Madrid tidak lama lagi.
Stimac menjangkakan bintang Spurs, yang masa depannya menjadi subjek saga sepanjang musim panas, akan menyempurnakan langkah ke Sepanyol walaupun kegagalan Real memenuhi harga permintaan £40 juta oleh Tottenham.
Modric sebelum ini berlatih berseorangan berikutan terlepas lawatan pra-musim Tottenham ke Amerika ketika spekulasi masa depannya kian memuncak. Pengurus, Andre Villas-Boas telah memberi amaran bahawa dia perlu sedia untuk bermain bersama Tottenham sekali lagi walaupun tidak bersama-sama beraksi dalam perlawanan persahabatan mereka.
Stimac berkata, "Saya tak suka situasinya, dia langsung tak bermain dalammusim panas ini. Dia akan menandatangani untuk Madrid sebelum pasaran ditutup."
|
Khamis, 16 Ogos 2012
Stimac:Modric akan sertai Real
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan